Menyedari wujud sebuah saluran YouTube yang bertindak menggambil kesempatan menggunakan hal rumah tangganya sebagai tajuk untuk meraih tontonan di platform berkenaan, pelakon Syamsul Yusof akui berang dengan sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan.
Dengan menggunakan nama Cabik Geronong Channel, saluran itu meletakkan tajuk berjudul ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Curang dengan Puteri Sarah’ perkara itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang Syamsul.
Menerusi sebuah posting di laman Instagramnya, Syamsul khabarnya bakal mengambil undang-undang terhadap saluran berkenaan.
“Anda semua nak main-mainkan saya kan? Berani tulis tajuk macam ini hanya untuk mendapatkan views di YouTube. Saya dah semak dan saluran ini adalah dari Malaysia dan kita akan dapatkan dia punya id. Too much brother. Jangan main-main dengan nama saya. Please stop playing around with my f******g name bro.”
Tegas Syamsul lagi, dengan kisahnya yang kian menjadi buah mulut netizen ketika ini, secara tidak langsung tindakan seperti ini seakan mampu membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.
“Saya akan dapatkan peguam terbaik. Seriously bro, too much! Orang pun ada perasaan juga, come onlah respek people. Saya hormat anda, anda hormat saya. Saling menghormati, jangan buat kami, artis Malaysia ni like shit man. Malas cakaplah, see you in court!”
Terdahulu, tular di media sosial apabila kelibat Puteri Sarah tampil serba hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama.
Malah, Puteri Sarah juga sebelum ini seakan memberi bayangan bahawa bahawa rumah tangganya kini bagai dilanda badai kerana beliau difahamkan tampil memuat naik kenyataan berkaitan curang di Insta Storynya baru baru ini.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah telah selamat mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam dan Sumayyah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments