Menzahirkan rasa kecewa selepas ditawarkan bayaran tidak setimpal dengan kerjanya, pelakon Nazia Mustafar tampil mendedahkan perkara tersebut di lamna Instagram miliknya.
Menurut Nazia, beliau ditawarkan bayaran hanya RM1,500 oleh sebuah syarikat produksi untuk penggambaran telefilem yang memakan masa selama empat hari dengan 28 babak.
“Shoot tele 4 hari 28 scene, nak bayar RM1,500. Agak-agaklah wei, what the… Ni namanya melampau. Lepas ni nak call artis nak bagi job, kenal siapa artis tu. Tolonglah ya, aku tak pernah marah, tapi aku rasa kali ni melampau. Pastu bahasa kurang ajar. Tak nak tak apalah, ramai artis yang nak. Biadab betul.”
Dalam pada itu, perkara itu turut mendapat perhatian dan cemuhan beberapa rakan selebriti yang menganggap ia langsung tidak wajar.
Malah, ramai juga dalam kalangan peminatnya turut bersimpati dengannya kerana jarang sebelum ini melihat pelakon tersebut melenting di laman sosial.
Bagaimanapun, Nazia menegaskan beliau tidak terlalu marahkan soal bayaran sebaliknya cara respon pihak berkenaan yang disifatkannya biadab.
Terdahulu, sekitar Julai 2015 selepas pemergian ayahanda tersayang ke rahmatullah kerana sakit tua, pelakon berusia 40 tahun itu nekad menukarnya daripada Nadia Mustafar kepada Nazia Mustafar dengan alasan tersendiri.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments