#Hiburan: Dinasihat Supaya Tidak Hirau Kritikan Netizen, Noraniza Idris Dapat Restu Suami Sertai GV Musim Ke-7

Salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim ke-7, Noraniza Idris berkata dia menerima nasihat daripada orang tersayang supaya untuk tidak melihat kepada kritikan negatif yang dilemparkan jika ada.

Begitulah jawapan daripada penyanyi yang terkenal dengan irama etnik kreatif itu berikutan langkah persediaan berdepan dengan kecaman netizen apabila program itu bermula pada 11 Oktober nanti.

Menurut Noraniza Idris yang lebih mesra disapa sebagai Kak Ani, dia memilih untuk mengambil pendirian tersebut kerana tidak mahu emosinya diganggu sepanjang pertandingan berlangsung.

“Ia boleh ganggu emosi. Tapi jika kritikan membina saya akan ambil dan negatif saya pilih untuk tidak baca. Saya mudah terpengaruh dan bila baca di media sosial, saya akan rasa sedih. Saya percaya orang akan hentam dan keluarkan cerita lama, sebaginya. Jadi lebih baik untuk tidak ambil pusing.”

Dalam pada itu, ketika ditanyakan tentang keputusannya untuk menyertai program ini, Kak Ani berkata segala perkara telah ditimbang tara terlebih dahulu dan tidak dibuat dalam masa yang singkat sebelum akhirnya bersetuju untuk menyertai program beprestij ini.

Meskipun pernah dipelawa untuk bertanding dalam musim sebelum ini, namun untuk sesi kali ini Kak Ani telah mengatakan ‘ya’ pada saat akhir pengesahan.

View this post on Instagram

Great news! We’re coming back with an event called “Color Fest” specially for Hari Wilayah that will be held on 1st & 2nd February 2020 ? There will be a lot of exciting event which are suitable for all ? It is just 9 more days before 1st February! Hurry up and register now ? There will be so much fun activities that we will do. What activities do we offer? 1st February Activities : 1. Cultural Performances “Color Of Cultures” – at 11 a.m, 2 p.m, 8 p.m 2. “Karaoke” Singing Competition “Color Of Voices” – 5 p.m until 10.30 p.m 2nd February Activities : 1. Cultural Performances “Color Of Cultures” – 11 a.m, 2 p.m 2. Kids’ Coloring Contest “Color Of Malaysia” – 9 a.m until 1 p.m 3. Let’s Zapin With Icon – 3 p.m until 4 p.m 4. Dance & Aerobic “Let’s Dance Malaysia” – 4.30 p.m until 5.30 p.m 5. Youth Battle Of Dance – 5.30 p.m until 6.30 p.m For more information, you are welcome to contact us at 016-291-8066

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on

“Sehinggalah pada hari terakhir pengesahan, akhirnya saya bersetuju. Malah suami turut buat solat sunat dan dia beri keizinan selepas beberapa persoalan dijawab dengan baik oleh pihak pengurusan Mind Order. Setelah berbincang dan dipujuk mereka, saya terbuka hati kerana diberikan motivasi. Mereka minta saya bukakan minda, pandang ke depan selepas menyertai GV,”

Mengakui dirinya sudah bersedia untuk menerima segala tekanan dan kecaman kelak, Kak Ani juga berkata dia turut menerima sokongan daripada anak-anak tercinta apabila bersetuju untuk menyertai Gegar Vaganza. Noraniza Idris juga turut bersetuju untuk mengikuti kelas vokal yang disediakan oleh pihak pengurusan program tersebut.

Sumber : Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments