Mendedahkan dirinya langsung tidak pernah melakukan sebarang suntikan atau pembedahan kosmetik pada wajahnya, aktres jelita, Datin Seri Maria Farida akui beliau tidak mempercayai rawatan kecantikan moden.
Kata pelakon yang kini telah menginjak usia 50 tahun itu, beliau amat selesa mengamalkan rutin secara tradisional.
“Saya pernah menerima mesej dari pengikut di laman sosial yang meminta tips untuk melakukan pembedahan kosmetik, sudah tentu saya tak tahu perkara sebegitu. Sehingga usia 50 tahun ini, saya hanya mengamalkan rutin kecantikan secara tradisional, bagi saya, kadang-kadang bila saya kata saya tak lakukan apa-apa suntikan atau pembedahan kosmetik, orang tak percaya.”
Maria berkata demikian selepas dilantik sebagai duta produk kolagen Lucol-S secara rasmi sejak hujung Julai lalu.
Bercakap mengenai pengambilan produk tersebut, Maria mengatakan ia sesuai untuk dirinya yang sering mengalami alahan sebelum ini.
Terdahulu Maria Farida telah selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan berusia 62 tahun, yang dikenali sebagai Datuk Rahman pada tahun 2015.
Malah perkahwinan itu dianggap penuh kontroversi kerana ibu kepada seorang anak tunggal berusia itu dituduh cuba merampas suami kepada rakan baiknya sendiri.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments