Penyanyi Nourul Depp baru-baru ini tampil menceritakan detik cemasa apabila anak lelakinya, Raphael Depp telah dimasukkan ke hospital akibat demam denggi.
Menurut penyanyi itu, Raphael juga dilaporkan telah diserang sawan atau dikenali sebagai fibral fit setelah kali terakhir berlaku pada tahun 2018 yang lalu.
Nourul telah berkongsi pengalaman cemas itu menerusi ruangan instagram miliknya untuk tatapan peminat.
“Dah balik merentas desa dari Cyberjaya ke Shah Alam dan ke Kuala Lumpur, anak kuat kami ni demam dan kena lagi fibral fit dia tu. Selepas sudah dua tahun solid tak kena. Mak mana tak risau. Kami panik jugak la. Ya Allah.. luruh hati tengok dia tarik dalam seminit setengah tu..”
Menurut Nourul, anaknya itu telah disahkan menghidap demam denggi dan dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan untuk rawatan lanjut.
Dia turut menzahirkan rasa syukur setelah melihat keadaan anaknya yang semakin stabil dan sihat.
Sekadar info, Nourul telah mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka iaitu Eric Daniel Depp dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan juga Isabella Depp. Nourul sebelum ini pernah menjadi isteri kepada penyanyi dan komposer terkenal negara iaitu Ajai pada Disember 1996 sebelum berpisah pada Februari 2007. Hasil perkahwinan itu mereka dianugerahkan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ayu Nazirah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments