Umum mengetahui, jumlah penularan wabak COVID-19 di Malaysia khabarnya makin meningkat kembali dan mencecah tiga angka kebelakangan ini sehingga timbul rasa bimbang dalam kalangan masyarakat.
Perkara itu juga bagaiamanapun turut menarik perhatian pelawak terkenal Zizan Razak yang dilihat tampil meluahkan kebimbangannya selepas negara merekodkan ratusan kes baharu sehingga membabitkan kes dikesan dari beberapa pusat beli belah terkenal di ibu kota.
“Kebelakangan ini sejak kerajaan mula memberi sedikit kebebasan semua boleh keluar atau melakukan aktiviti seperti biasa, kita lihat kes Covid 19 kembali naik. Buat saya secara peribadi, ini adalah satu hal yang membimbangkan.”
Malah pelawak tu juga turut menyatakan beliau sebelum ini berasa tertekan saat perintah kawalan pergerakan atau PKP dilaksanakan kerajaan beberapa bulan lalu.
“PKP yang berlaku tempoh hari buat saya tertekan. Ia membuat saya banyak berfikir tentang kehidupan. Jadi saya harap kepada rakyat Malaysia, apabila sudah diberi kebebasan sedikit ini, ikutlah SOP, pakai pelitup muka dan cuci tangan.”
Terdahulu, Zizan tampil menyuarakan pendapatnya terhadap sikap rakyat Malasia yang enggan menurut segala peraturan yang telah ditetapkan kerajaan. Malah beliau juga difahamkan agak kecewa melihat segelintir pihak yang mengambil kesempatan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidilfitri sepenajang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dahulu.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments