Chef selebriti, Anis Nabilah yang ditemui media baru-baru ini mengakui masih belum bersedia untuk menceburi bidang lakonan dan nyanyian secara serius.
Dia yang sebelum ini pernah membintangi sebuah program realiti TV adik beradik bertajuk The Dream Sisters suatu ketika dahulu berkata dia kini ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjayanya sebagai seorang chef.
“Pertamanya, saya tak tahu saya berbakat atau tidak dalam bidang berkenaan. Sejujurnya saya terjun dalam industri ini dengan tiada niat lain selain mahu ajar orang memasak. Sebolehnya saya mahu berkongsi ilmu yang saya ada dengan orang lain juga.”
Menjadikan memasak sebagai satu kerjaya, Chef Anis Nabilah berkata aktiiviti tersebut sudah menjadi satu kecintaan dalam diri kerana ianya telah dipupuk sejak kecil lagi.
Ujarnya, dia tidak mahu terlalu mengejar populariti dan niat untuk bergelar seorang pelakon dan penyanyi masih belum muncul kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada dunia masakan.
Perkembangan terkini, Anis ditemui ketika majlis pelancaran buku resipi masakan, Comfort Food With Chef Anis Nabilah di Eastin Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa lalu. Buku resipi itu dilaporkan turut mendapat kerjasama daripada jenama peralatan masakan mewah, Thermomix dan sudah boleh didapati di laman web jenama tersebut dengan harga RM98 seunit.
Sumber: Media Hiburan
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments