Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih sebagai individu yang paling dikagumi (Most Admired Person) di Malaysia.
Kedua-dua personaliti ini dipilih melalui senarai yang dikeluarkan oleh portal YouGov menerusi pencalonan terbuka World’s Most Admired dari panelis di 42 negara dan wilayah dunia sejak Januari hingga Mac tahun ini.
Menurut portal YouGov, kajian itu merupakan rekod kajian terbesar yang diambil daripada temu ramah menerusi 45,000 orang di 42 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Menurut senarai carta yang diperolehi, Datuk Siti meraih 18.83 peratusan kekaguman bagi setiap orang di 42 negara dan wilayah terbabit untuk kategori wanita. Manakala Dr. Sheikh Muszaphar memperoleh 10.64 peratus diikuti Datuk Lee Chong Wei, 8.88 peratus dan Tun Mahathir Mohamad, 8.80 peratus.
Selain itu, turut tersenarai individu paling dikagumi selepas Datuk Siti ialah Nur Amalina Che Bakri yang meraih 10.03 peratus dan tempat ketiga dianugerahkan kepada Nicol David yang memperoleh 6.76 peratus.
Ketika ditemui, Datuk Siti atau lebih mesra disapa sebagai TokTi berkata keputusan itu adalah satu penghargaan orang ramai terhadap dirinya.
“Alhamdullilah, saya tak jangka dan tak terfikir pun benda seperti ini. Tapi bila ada keputusan menggembirakan, saya bersyukur. Saya rasa ini satu penghargaan orang pada saya.Ini semua hasik undian mereka kan. Insya Allah saya akan terus memberikan contoh dan hasil kerja terbaik, supaya apa saya tonjolkan memberi manfaat kepada orang lain,”
Manakala Dr Sheikh pula tampil memberi reaksi syukur dan turut berterima kasih kepada mereka di luar sana yang memilih dirinya dalam kajian tersebut.
Sumber : Harian Metro
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments