Menzahirkan rasa kecewa selepas gaya pemakaian anak sulungnya, Cik B menerima penghinaan dan kecaman netizen, usahawan kosmetik penuh sensasi Datuk Seri Vida (DSV) tampil sekolahkan netizen.
Menerusi posting yang dimuat naik di akaun Instagramnya, DSV dilihat tampil membalas kembali komen-komen negatif yang dilontarkan netizen kepada anaknya.
Kata DSV, anak perempuannya itu memang menyukai pakaian atau gaya yang lebih ‘simple’ dan selesa.
“Nak suruh Cik B pakai macam mana? Nak suruh Cik B pakai kasut tinggi? Beg dia ni sahaja dah berapa harganya, ini banyak lagi yang aku beli tapi belum sempat nak buka lagi. masalah harga atau duit tapi masalahnya dia tak akanlah nak pakai kasut tinggi macam ni. Dia suka pakai kasut rock dia tu. Tu belum tengok cincin dia lagi.”
Menerusi video pendek itu, DSV khabarnya bersyukur dengan penampilan anaknya yang tidak seksi apatah lagi menjolok mata.
“Ke kamu semua nak suruh dia tunjuk… Allah aku tengok anak orang lain angkat segala… Aku tak sanggup tengok. Biarlah dia nak macam tu korang nak cakap apa, suka hati koranglah.”
Terdahulu, penampilan Cik B menjadi bualan hangat netizen dan mula mencuri perhatian ramai selepas muncul dalam program Punch Line AC baru-baru ini.
Cik B yang hadir dengan mengenakan dress kuning bersama inner berwarna putih serta bercelana hitam dan menggayakan beg berjenama mewah Christian Dior yang dipakai di bahagian depan menerima kritikan hebar netizen.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments