#Hiburan: “Dah Tahu Kes Tengah Banyak Pergi Jugak!” – Nizam Laksamana Dikuarantin Selepas Pulang Dari Sabah

Menerima pelbagai tohmahan daripada netizen apabila beliau dikhabarkan terpaksa menjalani kuarantin selama dua minggu di rumah selepas pulang dari Sabah, Ahad lalu, penyanyi Nizam Zakaria tampil buka mulut.

Nizam Laksamana Dikuarantin Selepas Pulang Dari Sabah

Menurutnya beliau ke Sabah pada 23 September lepas atas urusan kerja dan sentiasa menjaga SOP sepanjang berada di sana.

Bagaimanapun, tindakannya itu seakan menimbulkan pertikaian warganet kerana negeri tersebut sedang mengalami penularan  pandemik COVID-19 yang kian serius.

“Saya ke Sabah atas urusan kerja hakiki. Saya dengar ada kes di sana namun belum lagi PKPDB (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar). Sepanjang berada di sana saya cukup jaga SOP. Sentiasa memakai mask, cek suhu badan, sentiasa sanitise tangan, mandi yang kerap dan saya jaga penjarakan sosial.”

View this post on Instagram

23hb saya ke Sabah atas urusan kerja hakiki. Saya dengar ada kes disana namun belum lagi PKPDB. Selama saya disana saya cukup jaga SOP. Sentiasa memakai mask, cek suhu badan, sentiasa sanitise tangan, mandi yang kerap & saya jaga penjarakan. Tiap kali selesai nyanyi saya terus balik ke hotel dan terus mandi. Kemana mana pun saya akan ambil bacaan suhu badan. Selama saya disana bacaan suhu tidak pernah melebihi 36.7. Semalam balik kl dari KK, sampai KLIA2 jam 12:10mlm semua penumpang diarah masuk ke tempat menunggu untuk saringan Covid 19. Sebaik azan subuh berkumandang(kiralah berapa lama kami menunggu) barulah dapt buat saringan. Sampel diambil menerusi tekak dan hidung. Kami di beri peneragan proses Kuarantin dirumah dan kami diberi pakai gelang pink utk tempoh 14 hari. Bermakna tidak boleh keluar rumah selama tempoh itu. Jika keputusan saringan pertama negatif maka kane buat lagi saringan ke dua diklinik berhampiran. Kiranya keputusan negatif utk saringan kedua itu barulah sah Negatif Covid 19. Tetapi kiranya keputusan Positif maka bersedialah untuk ambulan datang kerumah dan akan dibawa kehospital utk rawatan lanjut. Begitulah prosesnya…. Sampai dirumah semalam isteri sudah sediakan bilik utk saya. Kerana pihak KKM kata saya mesti jaga tiada sebarang sentuhan selama Kuarantin dirumah dan saya mesti pakai mask. Makanya sekarang saya sedang bermula proses kuarantin dirumah( sama je mcm menteri2 yg kena kuarantin tu) Saya telah laksanakan kewajipan saya untuk menjaga orang2 tersayang dan kawan2 yg diluar sana kerana saya ada rasa tanggungjawab. Saya berdoa agar semua keputusan yg bakal saya terima nanti Negatif. Namun jika sebaliknya, saya redha untuk dibawa ke hospital utk rawatan lanjut. Setakat dari tarikh 23hb hingga ketarikh 28hb ini alhamdulillah saya sehat dan harap sehat ini berterusan inshaAllah….namun pada yg marah2 dan bertanya ' dah tahu sana ada kes kenapa pergi juga…ini jawapan ikhlas saya : Atas meja saya perlu pastikan ada makanan kerana saya tidak mahu meminta-minta. InshaAllah Allah tahu niat saya. #bertanggungjawab

A post shared by Nizam Laksamana (@nizamlaksamana3011) on

Namun begitu, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan untuk individu yang pulang dari Sabah selepas 26 September wajib menjalani saringan Covid-19 dan kuarantin iaitu dua hari sebelum dirinya pulang ke Kuala Lumpur.

“Selepas enam jam tiba di KLIA2 barulah semua penumpang dari sana dipanggil untuk saringan Covid-19. Kami diberi penerangan proses Kuarantin di rumah dan kami diberi pakai gelang pink untuk tempoh 14 hari. Bagaimanapun sekiranya keputusan positif maka bersedialah untuk ambulan datang ke rumah dan akan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.”

Nizam Laksamana Dikuarantin Selepas Pulang Dari Sabah

Ujarnya lagi, beliau amat bersyukur kerana isterinya amat memahami keadaannya dan sudah menyediakan bilik berasingan sepanjang proses kuarantin.

“Sampai rumah, isteri sudah sediakan bilik untuk saya. Kerana pihak KKM kata saya mesti jaga tiada sebarang sentuhan selama kuarantin di rumah dan saya mesti pakai mask. Saya telah laksanakan kewajipan saya untuk menjaga orang-orang tersayang dan kawan-kawan kerana rasa tanggungjawab. Saya berdoa agar semua keputusan yang bakal saya terima nanti negatif.”


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments