Pelakon yang kini jarang sekali kelihatan di kaca TV, Nazrief Nazri,29, berkata bukan soal ‘laku atau tidak laku’ namun dia kini memikirkan kehidupan yang lebih terjamin apatah lagi setelah berumah tangga dengan wanita pilihan, Aizatul Aqma Hamdan.
Nazrief yang kini beralih ke bidang perundingan kewangan berkata, dia memerlukan pendapatan yang lebih stabil selain berlakon dan terpaksa memperlahankan kerjaya lakonan buat sementara waktu.
Namun, jauh di sudut hati, dia mengakui belum mahu meninggalkan terus dunia lakonan meskipun namanya masih belum dikenali ramai dan masih kurang populariti.
“Saya masih berlakon cuma lebih fokus kepada kerjaya sebagai perunding takaful dan perunding warisan harta pusaka. Bekerja sepenuh masa dalam bidang ini memerlukan saya untuk berada di pejabat jadi saya kurang berlakon,”
Nazrief yang ditemui media turut berkata bahawa dia sudah terlibat dalam dunia perundingan kewangan ini sejak dua tahun lalu namun semakin serius semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kerjaya lakonannya kini, dia berkata bahawa masih menerima tawaran berlakon yang tidak mengambil masa terlalu lama di set penggambaran.
“Alhamdullilah, tawaran lakonan itu sentiasa ada, malah tak pernah berkurangan. Malangnya kebanyakan tawaran terpaksa ditolak. Saya bukan tidak laku atau tiada tawaran lakonan diterima, tapi saya beralih ke bidang perundangan kewangan demi masa depan yang lebih terjamin..”
Bertegas bahawa dia tidak akan meninggalkan dunia lakonan selagi permintaan untuknya beraksi itu masih ada, Nazrief sedar bahawa untuk menjadi popular bukanlah sesuatu yang mudah dan perkara itu telah menyebabkan dia mengambil keputusan untuk mencari kerjaya demi jaminan masa depan yang lebih baik.
Sumber : Berita Harian
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments