#Hiburan: Miliki Produk Tanpa Kelulusan KKM, Anak Normah Damanhuri Didenda RM10,000

Memiliki produk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk jualan, usahawan Rose Azlin Rosli yang juga anak kepada pelakon veteran popular Normah Damanhuri didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini (28 September) atas kesalahan tersebut.

Anak Normah Damanhuri Didenda RM10,000, Miliki Produk Tanpa Kelulusan KKM

Majistret M Barath menjatuhkan hukuman itu selepas Rose selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Rose yang juga merupakan pemilik jenama KM Beauty House selaku OKS tidak diwakili peguam dan membayar denda berkenaan.

Dalam pada itu, Rose dalam hujahannya meminta hukuman dikurangkan kerana kejadian berlaku ketika tempoh mendapatkan kelulusan KKM, namun Pegawai Pendakwa Mohd Helmi Azman daripada KKM meminta OKS dijatuhi hukuman setimpal.

Anak Normah Damanhuri Didenda RM10,000, Miliki Produk Tanpa Kelulusan KKM

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa memiliki 99 paket produk KM Sampah Cleanse. Kesalahan itu dilakukan 21 Januari lalu pada 11.20 pagi di premis di Subang Jaya.

OKS dituduh melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 melakukan kesalahan mengikut Peraturan 30(1), peraturan yang sama.

Anak Normah Damanhuri Didenda RM10,000, Miliki Produk Tanpa Kelulusan KKM

Individu yang disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali mengikut seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

Bagi kesalahan kedua, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments