#Hiburan: Sambut Ulang Tahun Kelahiran Isteri, Johan Akui Hanya Mampu Hadiahkan Jam Tangan “BABY-G”

Umum mengetahui, kebanyakan selebriti kini dilihat sangat sinonim dengan barangan mewah seperti beg tangan berjenama serta mempunyai koleksi barang kemas yang tinggi nilai harganya.

Sambut Ulang Tahun Kelahiran Isteri, Johan Akui Hanya Mampu Hadiahkan Jam Tangan "BABY-G"

Malah, apabila datangnya hari bermakna seperti hari lahir mahupun sambutan ulang tahun perkahwinan, pasti laman Instagram dijamu dengan video gimik pasangan selebriti menghadiahkan kereta mewah apatah lagi meraikan momen tersebut dengan penuh warna warni.

Begitupun, lain pula gelagat yang ditonjolkan pelakon dan pelawak terkenal, Johan yang meraikan ulang tahun isterinya, Ozlynn Wati pada hari ini.

Sambut Ulang Tahun Kelahiran Isteri, Johan Akui Hanya Mampu Hadiahkan Jam Tangan "BABY-G"

Menerusi sebuah posting di laman Instagramnya, Ozlyn dilihat tampil berkongsi sekeping foto yang memaparkan hadiah berupa sebentuk jam tangan mampu milik yang diterima daripada suaminya itu.

Lebih menarik, hadiah itu juga turut disertakan dengan ucapan ringkas daripada Johan yang dilihat tampil mezahirkan ucapan maaf kepada isterinya dengan pemberian yang dianggap tidak seberapa itu.

View this post on Instagram

Tiada apa yg lebih membahagiakan selain keluarga yg dikasihi berada disisi.. terima kasih Allah atas peningkatan umur ini, terima kasih juga atas pinjaman yg berharga .. suami, anak2, mak, abah, popo, adik beradik, saudara mara, sahabat2, peminat2 yg disygi.. buat suamiku.. akan ku ingat setiap bait kata dalam doamu khas buat isterimu yg serba kekurangan ini.. akan isterimu cuba memperbaiki setiap kekurangan yg ada utk membantumu ke syurga yg abadi.. InsyaAllah.. buat anak2 terima kasih kerana memberi mama peluang merasa nikmat menjadi seorang ibu.. abah mak dan popo, abah mummy terima kasih selalu mendoakan dan sentiasa ada waktu utk anak yg nakal ni🙂.. buat adik bradik, terima kasih melayan kerenah kak long kawasan☺, buat sahabat dan peminat2.. terima kasih atas hadiah, doa, waktu yg kalian korbankan.. sentiasa hargai usaha korg.. dan yg terakhir utk besday girl ni.. sedekahkan Al fatihah (di baca) utk mama kepada keluarga Hanania.. semoga Allah melimpahkan rezeki yg x terhingga buat kalian.. ❤ mama hanania

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

“Maaf sayang. Ni sahaja saya mampu…tapi, I love you.”

Meskipun begitu, Ozlynn yang terkenal dengan sifat rendah diri itu menyifatkan tiada hadiah yang paling bermakna selain kurniaan sebuah keluarga bahagia yang sentiasa berada di sisinya sewaktu susah mahupun senang.

Sambut Ulang Tahun Kelahiran Isteri, Johan Akui Hanya Mampu Hadiahkan Jam Tangan "BABY-G"

“Tiada apa yang lebih membahagiakan selain keluarga yang dikasihi berada disisi. Terima kasih Allah atas peningkatan umur ini. Buat suamiku, akanku ingat setiap bait kata dalam doamu khas buat isterimu yang serba kekurangan ini.”

Meninjau ke ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikutnya terharu dengan sikap yang ditonjolkan Ozlynn. Tidak ketinggalan, para peminat pasangan itu juga turut mendoakan agar hubungan mereka sentiasa dirahmati dan diredhai oleh Illahi.

Sambut Ulang Tahun Kelahiran Isteri, Johan Akui Hanya Mampu Hadiahkan Jam Tangan "BABY-G"

Terdahulu, Ozlynn selamat mendirikan tangga dengan Johan pada 25 Julai 2009. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments