Sejak mengumumkan pengunduran diri daripada kumpulan Search, vokalis kumpulan itu iaitu Amy dikhabarkan terus menyepikan diri.
Berikut merupakan luahan Nasir Daud yang merupakan pemain bass kumpulan lagenda itu. Nasir turut menyatakan pernah menghubungi Amy namun tidak berjawab selepas penyanyi itu mengambil keputusan untuk mengundur diri.
“Kami tidak bermusuh, tetapi Amy memilih untuk menyepikan diri. Mungkin Amy masih belum bersedia mahu bercakap. Kami tidak mahu bermusuh pun. jadi walupun tanpanya, kami tetap meneruskan Search kerana ini adalah kerjaya kami. Search perlu terus berjalan ke hadapan dalam memperjuangkan rock Melayu,”
Tambahnya lagi, selagi terdaya dan mempunyai kudrat, kumpulan Search akan terus mara tanpa noktah penghujung. Kumpulan muzik yang dibintangi dirinya, Din dan Kid menganggap hasil seni Search ada pada setiap ahli-ahlinya, bukan hanya terletak pada hak milik seorang. Justeru, persoalan bahawa Search hilang daripada radar tidak pernah wujud sama sekali.
Perkembangan terkini, kumpulan Search bakal muncul dalam Konsert Cinta Buatan Malaysia yang turut menampilkan Datuk Awie sebagai tetamu jemputan.
Ketika ditanyakan mengenai rancangan untuk menggantikan Amy sebagai vokalis dalam kumpulan Search, berikut adalah ulasan Nasir mengenai persoalan tersebut.
“Bukan tak mahu cari, kami juga mahu seorang penyanyi tapi setakat ni belum ada. Nak jadi Amy atau Awie ambil masa dua hingga tiga dekad jadi tak mudah nak cari penyanyi yang boleh buatkan Search terus hidup,”
Mengimbas kembali, pada tahun 1998 yang lalu, Awie pernah muncul bersama kumpulan Search untuk projek istimewa berjudul Bikin Wilayah yang telah memenangi kategori Album Rock Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1999.
Kini setelah hampir 22 tahun, penyanyi lagu Iris itu kembali bersama Search menerusi Konsert Cinta Buatan Malaysia Search dan Awie yang bakal berlangsung pada 12 Disember depan bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam.
Sumber : Berita Harian
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments