Pelakon cantik Anzalna Nasir telah memberi bayangan yang dia tidak merancang untuk menimang cahaya mata terdekat menerusi ruangan Instagram miliknya, baru-baru ini.
Dia turut menyatakan hanya akan mempertimbangkan dalam masa dua tahun lagi untuk menambah bilangan anak. Anzalna yang memuat naik video memaparkan dia sedang mengemas baju anak sulungnya, Mohamad Eidress yang sudah tidak muat untuk dipakai.
Ketika meninjau ruangan komen, ada netizen yang mempersoalkan tindakan Anzalna yang tidak mahu lagi menyimpan baju-baju Eidrees untuk kegunaan di masa hadapan. Pelakon cantik itu kemudian dilihat telah membalas mesra komen-komen peminat menyatakan sebab dia berbuat demikian.
“Saya nak let go baju-baju Eidrees yang dah tak muat sebab nak masuk baju-baju baru. Almari dah penuh mommy terlebih berbelanja!”
View this post on InstagramLike mother, like son. Keturunan mudah terhibur. @mitsubishi.eam.ampang #13MonthsOld ? @hanif_zaki
Dalam pada itu, Anzalna turut menjelaskan bahawa sebahagian baju anak kesayangannya itu telah pun didermakan kepada golongan memerlukan.
Mengimbas kembali, Anzalna telah mendirikan rumah tangga bersama dengan seorang usahawan, Hanif Zaki pada tanggal 21 Februari 2016 yang lalu. Hasil daripada perkongsian hidup itu mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Eidrees yang kini berusia satu tahun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments