Pelakon cantik, Mawar Rashid mengakui dirinya tidak suka berbelanja secara boros dan sangat berhati-hati dalam soal penggunaan wang ringgit.
Malah, Mawar yang kini sedang hamil anak kedua ini juga turut berkata bahawa dia mengamalkan sikap berjimat cermat sejak kecil lagi dan hanya membeli barang keperluan melebihi kehendak.
Dia yang memuat naik foto dirinya memegang sebuah Ipad keluaran Apple yang baru saja dibelinya turut menulis kapsyen panjang lebar mengenai sikap berbelanja yang diamalkannya selama ini.
“Tak suka attitude boros ni!. Mekwa ni sejenis berjaga-jaga on ‘spending money’, dari kecik tak suka dengan perangai boros ni. Sebab dari kecil Mekwa tahu penat susah nak cari duit..sebab tu Mekwa beli benda yang betul-betul Mekwa perlukan je..”
Dalam entri itu, Mawar akhirnya dapat juga membeli Ipad peribadi kepunyaannya sendiri berikutan dia sering saja kehilangan buku nota miliknya.
Mawar yang bernikah dengan adik kepada chef terkenal Fazley, Raden Ahmad Faizal Yaakob telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael dan kini sedang menunggu kelahiran cahaya mata kedua, tidak lama lagi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments