#Hiburan: “Salam Kak, Hantar Gambar B*gel..” Individu Minta Gambar Tak Senonoh, Ini Respon Adibah Noor

Personaliti TV dan juga penyanyi, Adibah Noor baru-baru ini memberitahu bahawa dirinya telah menerima sebuah mesej tidak senonoh daripada seorang individu yang tidak dikenali di laman Instagram miliknya.

Dia yang memuat naik tangkap layar mesej berkenaan di twitter ternyata telah menarik perhatian netizen untuk tampil memberi komen.

Melihat kepada teks itu, individu berkenaan telah meminta Adibah supaya menghantar foto tidak senonoh kepadanya.

Namun, penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini tidak melatah malah memberi respon yang agak kelakar.

Dia dilihat telah menghantar foto kucing sebagai memenuhi permintaan lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, Adibah turut meluahkan kebimbangan kerana memikirkan jika dia boleh dijadikan mangsa, inikan pula wanita lain di luar sana.

Mesej itu kemudiannya tular gara-gara respon penyanyi itu yang lucu dan ada juga netizen yang tampil memberikan pandangan masing-masing.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments