Mengakui bakal mendiami rumah baru tidak lama lagi, pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella tampil mendedahkan perihal tersebut kepada umum.
Menerusi laporan media di Indonesia, kediaman yang bakal didiaminya itu dikhabarkan masih belum siap sepenuhnya kerana sehingga kini masih menjalani proses pengubahsuaian.
Difahamkan, Laudya sebelum ini sempat berkongsi beberapa foto kediaman mewah itu menerusi Instagram Stories kepada peminatnya baru-baru ini.
“Masih dalam proses.”
Terdahulu, selepas memutuskan untuk berpisah dengan suaminya Engku Emran, Laudya didakwa mahu menjual kediaman mewah yang didiami mereka sekitar Julai lalu.
Bagaimanapun segalanya bagai telah bertemu titik noktah apabila rumah agam yang berharga sekitar RM3.6 juta yang terletak di Jakarta, Indonesia itu telahpun berjaya dijual secara.
Untuk rekod, Laudya sebelum ini mengesahkan diringa sudah bercerai dengan Engku pada awal Julai lalu. Kenyataan itu sekali gus seakan berjaya menjawab teka-teki mengenai status perkahwinannya bersama jejaka berkenaan.
Namun kata Laudya, keputusan perceraian itu dibuat secara sepakat di antara kedua-dua pihak dan ia dilakukan dengan cara yang baik.
Sumber : liputan6.com
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments