Menerusi sebuah posting terbaharu di akaun Instagram, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam dilihat tampil menjalani ujian saringan COVID-19 selepas pulang dari Sabah.
Rebecca atau lebih mesra disapa Becca mendedahkan tindakan itu dilakukan sebagai tanda sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab. Malah tidak ketinggalan yakin bahawa ia merupakan salah satu langkah bagi memastikan keselamatan ahli keluarganya.
“Baru tiba di KLIA dari KK, Sabah. Alhamdulillah. Mummy Becca telah menunaikan tanggungjawab mummy sebagai seorang RAKYAT dan IBU yang mempunyai ramai anak-anak kecil dirumah. Alhamdulillah swab test telah dilakukan di airport. Insya-Allah dalam masa tiga hari dapat keputusan.”
Becca juga turut menitip pesanan kepada anak-anaknya supaya bersabar menanti ketibaannya pulang ke kediaman kelak.
“Dan sekarang adalah masanya untuk kuarantin. Sabar ya anak-anak mummy sayang, mummy kuarantin dulu. See you guys soon. Insya-Allah my darling kids.”
Dalam pada itu, Becca dilihat turut berkongsi pengalaman melakukan ujian saringan berkenaan. Katanya, langsung tidak sakit seperti yang diperkatakan.
“Swab test dihidung dan tekak telah dilakukan. Sakit? Sumpah tak sakit langsung. Alhamdulillah… Terima kasih petugas barisan hadapan. Walaupun anda tak pergi ke tempat berisiko tetapi swab test adakalanya perlu buat supaya kita rasa selamat untuk bersama keluarga dan insan tercinta,
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan, semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa bermula Ahad lalu sehingga 10 Oktober.
Katanya, ia merupakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan wabak itu ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari negeri terbabit bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu berkenaan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments