Mengakui mendirikan rumah tangga adalah merupakan perkara yang bukan mudah apatah lagi perbezaan jarak usia lima dengan isterinya Soffwany Yusoff, pelakon Raja Afiq mendedahkan hanya mereka berdua sahaja yang menyimpan kisah tersirat.
Bagaimanapun, beliau juga tidak menafikan bahawa ramai dalam kalangan pengikutnya yang melihat perkahwinan mereka berlangsung tenang.
“Rasa macam tak percaya saja yang kita dah kahwin kan. Mesti orang lain nampak macam senang saja kan… hanya kita berdua saja yang tahu macam mana kan. Orang tahu bercakap saja tapi tak apalah cakap orang tu semua tak penting… yang penting sekarang ni kita dah halal.”
Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya kerana sudi menerima beliau yang serba kekurangan sebagai suami.
“Apa pun husband nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima husband yang banyak kekurangan ini. Semoga jodoh kita sampai jannah dan cinta kita kekal sampai bila-bila aminn. Satu saja husband nak cakap I love you so much.”
Kisah itu diluahkan Afie menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, malah beliau juga tidak ketinggalan berkongsi video koleksi gambar serta rakaman mereka ketika awal perkenalan sehingga berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.
Terdahulu, Afiq dan Soffwany yang juga seorang anggota polis telah selamat berkahwin pada 19 September lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments