Bertindak mendedahkan paparan skrin mesej lucah yang diterimanya daripada peminat di laman Instagram miliknya, penyanyi Luqman Faiz seolah memaparkan sikap pengguna tersebut seperti tidak putus asa menggodanya.
Menerusi perbualan terbabit, pemilik akaun yang menggunakan foto seorang wanita itu terlebih dahulu memulakan perbualan lucah dengannya.
Dalam teks tersebut, pengguna berkenaan dilihat tidak segan meminta kemaluan Luqman dan terus mengasaknya berkali-kali.
Onz je pic.twitter.com/6s2cVqnVXH
— Luqman Faiz (@luqmnnfaiz) September 19, 2020
“U nak d*ck u boleh tak?”
Namun begitu, tidak hanya berdiam diri, Luqman tampil membalas kiriman tersebut dalam nada berseloroh sambil mengajak pemilik akaun berkenaan untuk bertemunya di bawah Jambatan Pulau Pinang.
“Bawah jambatan Pulau Pinang onz gak.”
Perkongsian Luqman itu mencuit hati netizen yang rata-ratanya terhibur dengan kiriman balas yang ditonjolkan penyanyi muda itu.
Malah, ada juga yang tampil menasihatinya agar sentiasa berwaspada kerana sebelum ini juga telah banyak selebriti lelaki terkena dengan godaan seperti ini.
Sekadar informasi, Luqman merupakan antara penyanyi Budak Baru Nak Up “BBNU” yang kian menjadi gilaan para gadis ketika ini. Lagu hitnya Kepuraanmu yang kini difahamkan hampir mencecah 30 juta tontonan di laman YouTube itu sering menjadi pilihan pendengar dan acap kali dimainkan di stesen radio tempatan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments