Menyatakan dirinya masih belum bersara daripada industri lakonan yang diceburinya sejak tahun 2011, pelakon jelita yang berasal dari Brunei Ninan Iskandar akui beliau terpaksa menunda perancangan untuk kembali aktif berlakon kerana pandemik Covid-19 di Malaysia belum reda.
Katanya, selepas selamat melahirkan anak sulung pada Disember tahun lalu, beliau memang sudah berniat mahu aktif semula selepas habis berpantang. Namun segalanya tergendala apabila wabak tersebut mula bertandang ke Malaysia.
“Saya rancang untuk kembali ke Malaysia dan mula berlakon semula lepas habis pantang tapi Covid-19 terjadi. Benda ini kita tak boleh jangka. Keadaan dekat sini (Brunei) alhamdulillah dah stabil. Cuma kalau nak balik ke Malaysia agak leceh kerana banyak prosedur yang perlu diikuti.”
Menurutnya, Nina juga mengakui beliau tetap berasa takut dengan keselamatan anaknya, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang masih kecil.
“Sebenarnya saya takut juga nak balik Malaysia sebab saya ada baby. Macam yang diketahui, masih ada kes baru di Malaysia jadi saya pilih untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Takut la bila saya dah bekerja dan anak lelaki saya tinggal di Brunei tetiba jadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya dah tak boleh balik ke sana.”
Untuk rekod, Nina sebelum ini telah selamat mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan pada April 2019. Hasil perkahwinan tersebut, kedua-dua mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia sembilan bulan.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments