Jika sebelum ini muncul desas-desus mengatakan bahawa rumah tangga antara Syamsul Yusof dan isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah kini goyah, akhirnya pengarah terkenal itu tampil memberi sedikit komen terhadap spekulasi tersebut.
Terdahulu, dakwaan mahligai pasangan ini sedang bergolak muncul apabila Puteri Sarah dilihat telah muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak baru-baru ini ditemani ibu mertuanya.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof,36, ketika dihubungi media enggan mengulas lanjut apa yang terjadi dalam perkahwinan mereka.
View this post on InstagramRaya Raya Raya !! . #selamatharirayamaafzahirbatin #taqabbalallahuminnawaminkum #raya2020
“Tiada ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang personal dan harapnya dapatlah dihormati. Tetapi saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga,”
Dia juga dalam nada tegas enggan memberikan sebarang ulasan ketika diajukan mengenai tindakan Puteri Sarah yang sudah tidak mengikuti akaun Instagramnnya, baru-baru ini.
Meninjau ruangan media sosial milik pengarah dan juga penyanyi itu, kali terakhir dia memuat naik foto bersama isterinya dan anak-anak adalah pada Mei lalu dan Puteri Sarah pula kali terakhir adalah pada November tahun lalu.
Syamsul Yusoff dan Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam,3, dan Sumayyah yang kini berusia satu tahun.
Sumber : Harian Metro
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments