#Hiburan: Alif Muhaimin Mengaku Tak Pakai Spender Ketika Menari TikTok

Seakan berjaya mencuri tumpuan netizen apabila dirinya berani tampil memuat naik sepotong video tarian TikTok di Instagramnya baru-baru ini, pelakon Alif Muhaimin yang juga Juara Hero Remaja 2017/2018 dihujani pelbagai reaksi di laman berkenaan.

Alif Muhaimin Mengaku Tak Pakai Spender Ketika Menari TikTok

Menerusi video tersebut, Alif dibanjiri komen-komen nakal termasuk yang menegur aksinya yang disifatkan menjolok mata.

Lebih melucukan apabila wujud pihak yang terlalu obsess dengannya yang bertindak bertanyakan tentang pemakaian seluar dalam ketika Alif merakamkan aksi tarian tersebut.

“Pakai spenderlah, bergegar tu orang nampak malu.”

Alif Muhaimin Mengaku Tak Pakai Spender Ketika Menari TikTok Alif Muhaimin Mengaku Tak Pakai Spender Ketika Menari TikTok

Tidak hanya mahu berdiam diri, Alif tampil menjawab pertanyaan terbabit dan menjelaskan beliau sebenarnya menyarung seluar dalam jenis boxer sebelum beraksi di hadapan kamera.

Lebih mengejutkan, beliau yang bersinglet dan berseluar panjang ketika itu turut mendapat komen yang difahamkan kebanyakannya daripada pengguna lelaki.

Alif Muhaimin Mengaku Tak Pakai Spender Ketika Menari TikTok

Malah, ramai juga yang tidak ketinggalan memuji kelembutan badan Alif yang seringkali mempamerkan aksi tariannya sejak kebelakangan ini.

Sekadar informasi, Aliff merupakan pelakon yang semakin mendapat tempat dalam industry hiburan tempatan selepas membintangi drama popular Chandelier bersama nama-nama hebat seperti Ben Amir dan Mimi Lana.

Sumber: Cari Forum


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments