#Hiburan: Siti Aafiyah Cium Perut, Datuk Siti Nurhaliza Hamil Anak Kedua?

Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini ada memuat sebuah video yang memaparkan dirinya sedang mempromosikan produk makanan kesihatan miliknya di ruangan Instagram.

Yang mencuri tumpuan netizen apabila anak kesayangan Datuk Siti, Siti Aafiyah beberapa kali menghampiri ibunya sambil mencium perut.

Lantas, timbul spekulasi bahawa Datuk Siti atau lebih mesra disapa sebagai TokTi di kalangan peminat kini sedang hamil anak kedua.

Ketika meninjau ruangan komen, ramai netizen tampil memberi respon yang mengatakan Siti Aafiyah seolah-olah memberi ‘petunjuk’ bahawa TokTi kini sedang hamil.

Dalam pada itu, ramai peminat turut mendoakan yang terbaik untuk figura kesayangan rakyat Malaysia itu.

Mengimbas kembali, Siti turut meluahkan hasrat untuk hamil sekali lagi setelah anak sulungnya itu sudah mencecah usia lebih dua tahun.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments