#Hiburan: Lakonan Mantap Dalam Filem Jebat, Sharnaaz Ahmad Dan Nelydia Senrose Dilabel ‘SRK’ Dan Kajol Malaysia

Jika sebelum ini, pasangan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose mendapat pujian kerana lakonan mantap mereka dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, kali ini mereka berdua tampil pula dalam filem Jebat, adaptasi daripada drama popular tersebut.

Gandingan dua orang pelakon ini mendapat pujian netizen kerana terserlah keserasian mereka dalam membawa watak Jebat dan Mastura dalam filem tersebut.

View this post on Instagram

Tanpa Mastura, Tiadalah Manja, Tanpa Mastura, Hilanglah Cinta, Tanpa Mastura, Tiadalah Jebat. Terima kasih Baby abang @nelydiasenrose For being THE BEST among the best. 1.3Million and counting, Terima kasih sahabat semua, dan teruskan langganan di astro 480 #jebatmastura #mas #hanamastura #halusss

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

View this post on Instagram

Jom saksikan Official Trailer filem Jebat sebuah filem yang dinantikan tahun 2020 lakonan @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis dan ramai lagi. Filem Jebat bakal menemui anda mulai 3 September ini istimewa hanya di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480. Kalau korang nak ambil mood filem Jebat ni boleh la tengok Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta sekarang di gempak.com/video! Nantikan filem Jebat akan datang mulai 3 September ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! . @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @rahhimo369 @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong @khanmancung @zielajalil @harishue46 . #Jebat #FilemJebat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #TeamJebat #TeamMastura

A post shared by @ nelydiasenrose on

Malah, ada netizen meninggalkan komen di ruangan Instagram Sharnaaz dan Nelydia dan menyatakan kedua-duanya seperti pelakon Bolywood terkenal, Shah Rukh Khan dan Kajol. Betul-betul hebat ni!

Filem Jebat yang dibarisi pelakon hebat lain seperti Idris Khan, Carmen Soo, Louisa Chong dan beberapa artis ternama lain boleh mula ditonton mulai 3 September menerusi Astro First di Saluran 480.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments