Pelakon cantik yang kini sedang menanti detik melahirkan anak pertama, Farah Nabilah berkata dia ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara serius selain menjadi seorang pelakon.
Dia yang menunggu baki empat minggu saja lagi untuk menimang cahaya mata menyatakan bahawa statusnya kini sebagai seorang isteri dan bakal ibu menjadi salah satu sebab dia menceburi bidang perusahaan.
Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 28, walau bagaimanapun tetap akan meneruskan kariernya dalam bidang lakonan namun menghadkan atas beberapa faktor.
“Bila dah kahwin ni banyak perkara perlu dihadkan dan syukur rezeki anak pun datang awal. Lagipun sebagai seorang isteri, tanggungjawab banyak dekat rumah. Tak boleh tinggalkan keluarga. Sebab tu saya fikir baik saya upgrade diri saya dan lakukan sesuati sebab dari dulu hanya berlakon saja. Kalau berlakon pun mungkin saya akan pilih telefilem atau drama yang bersesuaian tapi apa pun saya akan tetap cuba bahagikan sama rata antara dunia lakonan dan perniagaan,”
Farah yang terkenal dengan drama Halalkan Hati Yang Ku Curi itu ditemui ketika sidang media pelancaran pejabat pengurusan produknya di Catson Global (M) Sdn. Bhd. Skypark @ One City, Subang Jaya baru-baru ini.
Dalam pada itu, ketika ditanyakan mengenai perkembangan kehamilan yang sedang menanti hari kini, Farah memberitahu dia dan suami ingin merahsiakan jantina bayi sulung mereka dan menjadikan ianya sebagai satu kejutan.
“Sebenarnya saya sendiri tak tahu jantina bayi sebab tak nak tahu pun.. biar jadikan kejutan. Anak pertama tak kisah lelaki atau perempuan. Asalkan sentiasa dalam keadaan sihat..”
Farah telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohammed Amirul Yunus yang merupakan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan pada 20 Disember tahun lalu.
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments