#Hiburan: Hadir Bertemu Suami Di Sabah, Zizie Izette Nafi Dirinya Positif Covid-19

Menafikan segala dakwaan yang tersebar kononnya dirinya disahkan positif Covid-19, pelakon Datin Seri Zizie Izette tampil menegaskan segalanya yang ditujukan kepadanya hanyalah fitnah semata-mata.

zizie ezzete nafi dijangkiti covid19

Perkara itu tercetus selepas Zizie mendapati wujud seorang netizen membuat kenyataan di laman sosial menyatakan beliau dijangkiti wabak berkenaan selepas hadir ke bertemu suaminya Datuk Seri Bung Moktar Radin di Sabah.

zizie ezzete nafi dijangkiti covid19zizie ezzete nafi dijangkiti covid19zizie ezzete nafi dijangkiti covid19

“Artis Zizie Izette disahkan positif Covid-19. Dua hari lepas Datuk Seri Bung datang cptg, sedia la kalian yang bersalaman dan tidak patuh Tatacara operasi standard (SOP). Swab test!!”

Bagaimanapun, Zizie memaklumkan kepada umum bahawa kenyataan itu adalah fitnah kerana beliau hanya bertemu dengan suaminya dari jarak jauh sahaja.

zizie ezzete nafi dijangkiti covid19

“Astaghfirullah!! Fitnah-fitnah. Saya jumpa suami pun tiada. Baru hari ni dapat jumpa tapi dia di atas pentas, saya di bawah ni di Tongod. Jangan la main fitnah masa pilihan raya ni tidak bagus. Semoga kita semua dihindari dari bahaya pandemik Covid ini. Amin.”

Dalam pada itu, Malah, Zizie juga tidak ketinggalan menyatakan suaminya seorang yang mementingkan kebersihan dan kesihatan.

zizie ezzete nafi dijangkiti covid19

“Sihat-sihat juga dia, orangnya yang cukup jaga kebersihan dan kesihatan insya-Allah.”

Sekadar informasi, Zizie telah selamat menjadi isteri kepada Bung Moktar pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette. Namun demikian, pasangan ini juga turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments