#Hiburan: “Kami Tidak Bercinta..” Terima Cincin Daripada Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila Tampil Beri Penjelasan

Pelakon Wan Sharmila yang baru-baru ini telah menerima sebentuk cincin daripada pelakon Syazwan Zulkefli tampil membuat siaran langsung (IG Live) di Instagram miliknya menafikan bahawa mereka berdua kini sedang bercinta.

Menurut Wan Sharmila, dia dan Syazwan tidak pernah menyimpan sebarang perasaan cinta antara satu sama lain kerana mereka sudah lama menjalinkan hubungan persahabatan sebagai rakan artis.

Namun, pelakon berbakat ini mengambil perkara tersebut dari sudut yang positif.

Hanya sekadar ‘review’ produk, Wan Sharmila tegas menyatakan tiada apa yang istimewa terjalin antara mereka dan hanya selesa berkawan, tidak lebih daripada itu.

“Saya tak kisah kalau peminat suka lihat kami berdua. Saya terima dan bersyukur dengan apa yang jadi selepas gandingan kami dalam drama itu. Saya ambil secara positif dan dapat rezeki lebih besar. Peminat ada letakkan harapan setinggi gunung untuk saya dan Syazwan pun saya tak kisah tapi hanya untuk drama sajalah,”

View this post on Instagram

Byk sgt notification masuk niii!!! . Sweet bersemut Kepeng ni. Ramai wanita2 mesti suka . Lelaki pun suka. ?. Bagus Kepeng ni… dah lah sweet , pandai buat surprise.. Yg penting pandai pilih cincin @leleecincincouple . Ring tu cantik… box dia cantik.. Bila pakai ring tu rasa mcm princess. ???? . Kepeng i dah puji u ni tau! ? . Psstttt… Wanita2 semua,, Siapa suka Kepeng yg sweet ni angkat tangan?!!! . ? Kepeng kata dia single lagi tu. Bakal suami awak semua ni. ?. Ada borang perlu diisi! Boleh pergi ke counter 1 ! Cepat wanita2 semua! ?? ????

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on

Dia yang ditemui media pada majlis ‘Party 7 Hari Mencintaiku 2’ bertempat di The Linc, Kuala Lumpur itu berkata lagi, dia tidak pernah berasa rimas apabila sering dikaitkan dengan Syazwan dan menganggap lakonan mereka dalam drama tersebut telah memberi kesan kepada penonton di luar sana.

Dalam pada itu, dia juga mengakui belum berjumpa dengan ‘Mr. Right’ namun bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang yang sesuai dan ikhlas menerima dirinya.

Perkembangan terkini, drama lakonan Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly iaitu 7 Hari Mencintaiku dikhabarkan akan bersambung ke musim ketiga pada tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan!

Sumber : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments