Sedang mengecap bahagia usai saja mendirikan rumah tangga, pelakon Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar dilihat sering berkongsi momen indah mereka bersama di platform media sosial, Instagram.
Baru-baru ini, Mira Filzah ada memuat naik beberapa buah video di ruangan Instagram Story memaparkan dirinya sedang menyediakan makan malam untuk suaminya itu.
Pada masa yang sama, Wan Emir turut dilihat sedang ringan tulang membantu Mira di dapur. Ketika makan malam pula, pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu dilihat telah menulis kapsyen berbaur perassaan gembira kerana suaminya makan dengan penuh selera masakan yang dimasaknya itu.
Meninjau ruangan Twitter, netizen kelihatan begitu teruja dan tampil memuji pasangan tersebut yang saling ringan tulang membantu sama sendiri dalam menyiapkan kerja rumah.
Peminat turut mendoakan pasangan itu terus bahagia dan kekal hingga ke jannah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments