Mendendangkan lagu Semalam menerusi laman Instagram baru-baru ini, penyanyi Aina Abdul bertindak memakai pelitup mulut berikutan tindakan netizen tampil mempertikaikan wajah dan penampilannya yang dihina buruk.
Menurut Aina, perkara itu menyebabkan dirinya kurang berkeyakinan untuk memperlihatkan wajahnya berikutan sikap warganet yang kurang berperikemanusiaan.
Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Aina menyebabkan beliau hilang keyakinan diri hingga menyebabkan dirinya mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak mempamerkan wajah di khalayak umum.
“Saya terima kecaman hingga malas menunjukkan muka. Bagi mengelak terus dikecam, saya buat keputusan pakai pelitup muka.”
Meskipun tampil memakai pelitup muka, Aina juga bagai teharu apabila wujud peminatnya memuji kemantapan vokalnya.
Tambahnya, kekuatannya berdepan pelbagai kecaman adalah sokongan daripada peminat. Malah, akui dek sokongan peminat jugaklah membuatkan dirinya kuat untuk terus melangkah mengharungi segala ujian ini.
“Sejujurnya, ia seperti memujuk hati yang terguris ketika kata nista dilemparkan.”
Terdahulu, Aina mencetuskan kontroversi apabila persembahan nyanyiannya menerusi lagu Sumpah pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) mengundang kritikan dan pertikaian Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA).
Hal ini berlaku apabila Aina dikhabarkan bersifat keterlaluan dan melanggar peraturan kerana seakan menonjolkan persembahan berkonsep bunuh diri di hadapan khalayak ramai.
Malah, MIASA turut menyelar persembahan itu yang dianggap mampu mendorong penonton untuk mencederakan diri sekali gus melanggar garis panduan di media.
Sumber: BH Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments