Mengakui ia merupakan perbezaan ketara antara dirinya dan isteri, pelawak Mamat Sepah yang kini berambut panjang dan berpenampilan tidak kemas masih bersyukur istreinya Nordiana Ibrahim yang juga seorang anggota polis masih menerima dirinya tanpa melihat daripada segi luaran semata.
Beliau turut menyifatkan dirinya dan isteri bagai langit dan bumi malah memohon agar isterinya menerima hakikat berkahwin dengan dirinya yang kurang menjaga imej.
Hal ini kerana, menurut Mamat, semua lelaki di sekeliling tempat kerja isterinya sentiasa tampak kemas dan berdisiplin.
“Dia kena terima hakikat kahwin dengan rocler sejati. Siapa suruh awak terima pinangan saya dulu? Padan muka kau dapat laki rambut sama panjang.”
Di laman instagram, bekas kumpulan lawak Sepahtu itu turut berkongsi kisah berkenaan sambil memuat naik foto bersama isterinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya seakan bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan pelawak itu.
Malah ramai juga beranggapan mencintai seseorang itu haruslah ikhlas dari hati bukanlah terletak pada ciri fizikal seseorang itu sahaja.
Untuk rekod, Mamat telah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang juga anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 1 Mac lalu. Majlis perkahwinan itu dikhabarkan meriah dikunjungi sanak saudara dan sahabat andai kedua-dua belah pihak.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments