Raya kan sebulan, jadi apa nak hairan kalau setiap hari mengenakan busana hari raya kan? Mungkin kita hanya biasa mempunyai antara tiga hingga ke empat pasang pakaian sempena hari raya tapi lain pula bagi artis cantik, Datin Almy Nadia yang juga isteri kepada Fizz Fairuz ini.
Ragam keluarga besar ini ternyata menarik perhatian netizen apabila anak-anaknya sering dilihat mengenakan baju tradisional hari raya walaupun sudah lebih dua minggu Syawal diraikan.
Menurut Almy, ada warganet yang bertanyakan adakah anak-anaknya mempunyai banyak persalinan seperti satu hari satu pakaian misalnya. Dia mengakui bahawa kesemua anaknya telah diajar untuk menggayakan baju raya pada bulan Syawal.
“Hat pakat dok tanya banyaknya baju depa..ada 30 pasang kah? Meh mama jelaskan sat na..”
“Macam ni, depa ni diasuh hari raya pakai baju raya, hari biasa pakai baju biasa. Bangun je depa sendiri pakai baju raya.”
Penjelasan itu dibuat melalui sebuah entri di laman Instagram beliau baru-baru ini. Menurutnya lagi, baju-baju yang dipakai anak-anaknya itu bukanlah semua dibeli baru, kebanyakan daripadanya adalah baju lama yang dibelinya suatu ketika dahulu.
Tambahnya, dengan meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan cara sebegitu, dapat juga satu keluarga merasai kemeriahan lebaran biarpun hanya dapat duduk di rumah sahaja.
Mengimbas kembali. Datin Almy Nadia telah bernikah dengan Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014 yang lalu dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, dan Nur Afrina Ayra yang kini berusia 1 tahun.
Pasangan ini juga turut mengambil seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11 tahun.
Sumber: Astro Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments