Yang dinanti-nanti akhirnya bakal tiba jua. Telefon pintar pilihan ramai iaitu, HUAWEI nova series bakal membuat kemunculan semula dengan nova 7 yang LEBIH berkuasa dan LEBIH bergaya.
Pergh. Sekali pandang terus jatuh cinta dibuatnya. Pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada boleh menggunakan applikasi di telefon pintar lama sekiranya membeli HUAWEI nova 7 series ini kan? Jangan risau sebab ada 3 cara yang SANGAT MUDAH untuk memastikan anda dapat menggunakan applikasi kegemaran tanpa sebarang masalah:-
HUAWEI Phone Clone
Cara pertama yang paling mudah dan pantas tak lain tak bukan ialah menggunakan applikasi HUAWEI Phone Clone. Boleh didapati di Google Play serta App Store, applikasi ini akan membuatkan anda kagum dengan kemajuan teknologi HUAWEI. Katakanlah anda baru membeli HUAWEI nova 7 Series dan sebelum ini anda menggunakan iPhone, maka dengan HUAWEI Phone Clone akan membolehkan kesemua gambar, video, contact, fail dan applikasi dari iPhone tersebut dipindahkan ke nova 7 Series anda dengan pantas dan mudah.
Dengan kepantasan sehingga 1GB/minit, anda hanya perlu scan QR code yang ada pada telefon lama menggunakan HUAWEI nova 7 Series anda dan segala pemindahan akan dilakukan secara automatik. Tak perlu Internet, tak perlu data dan tak perlu sebarang wayar untuk melakukan pemindahan ini. Anda cuma perlu pastikan kedua-dua telefon tersebut disambungkan ke Wi-Fi yang sama sahaja.
Dalam sekelip mata, segala applikasi kegemaran anda seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Telegram dan TikTok akan terpasang ke dalam HUAWEI nova 7 series. Tak akan ada satu pun yang tertinggal. Telefon sahaja yang baru, tapi applikasi tetap kekal sama seperti telefon sebelumnya. Best kan?
HUAWEI AppGallery
Lebih Selamat, Lebih Storan, Lebih Ganjaran
HUAWEI AppGallery adalah cara kedua untuk anda memuatturun segala applikasi kegemaran anda dengan pantas, mudah dan selamat. Sudah terpasang di dalam HUAWEI nova 7 series, AppGallery yamg juga App Store yang ketiga terbesar mempunyai ribuan applikasi untuk memenuhi keperluan anda. Sekiranya anda seorang yang suka berkongsi aktiviti seharian, memuatnaik gambar OOTD atau berhubung dengan yang tersayang secara atas talian, anda boleh memuatturun applikasi seperti Whatsapp, Instagram dan TikTok menerusi HUAWEI AppGallery ini.
Kalau anda seorang kaki shopping, jangan risau sebab di dalam HUAWEI AppGallery turut mempunyai applikasi seperti Shopee, Lazada dan Shopee. Pilih je mana satu yang anda nak gunakan untuk membeli-belah. Applikasi McDonalds, Foodpanda, dahmakan pun ada. Lapar je boleh terus order menerusi HUAWEI nova 7 Series anda yang laju dan cantik. Senang gila-gila!!!
Buat peminat drama Korea pula anda boleh menonton hero serta heroin kegemaran anda sampai lebam kerana applikasi seperti Viu, Tonton, Astro, iFlix dan macam-macam lagi ada tersedia di dalam HUAWEI AppGallery.
Itu belum kira applikasi muzik yang membolehkan anda melayan lagu Blackpink, BTS, Girl’s Day dan banyak lagi artis Kpop yang ada dalam AppGallery tersebut. Senang cakap, gabungan HUAWEI nova 7 Series dan AppGallery ini memang sempurna untuk para pencinta Kpop.
HUAWEI FindApps
Last but not least, sekiranya ada applikasi yang sering anda gunakan tetapi tidak ditemui di dalam HUAWEI AppGallery, jangan risau sebab ada applikasi FindApps yang membolehkan anda mencari applikasi tersebut dengan mudah. Hanya perlu muatturun applikasi FindApps di AppGallery dan anda boleh cari terus menggunakan applikasi seperti Grab, Facebook dan Telegram.
Selain itu, anda juga boleh memuatturun APK applikasi yang diingini menerusi HUAWEI Browser atau applikasi pihak ketiga seperti Aptoide atau Aurora Store. Senang cakap, semua applikasi yang anda inginkan pasti boleh ditemui di dalam HUAWEI nova 7 series ini.
Cuba tengok video ni untuk info lebih mengenai Huawei AppGallery.
Kesimpulan…
Ha, pasti ramai yang dah tak sabar kan nak tunggu kehadiran HUAWEI nova 7 series ini, lebih-lebih lagi selepas mengetahui 3 cara di atas untuk memasang applikasi kegemaran tanpa sebarang masalah.
Telefon pintar terbaru dari HUAWEI ini akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, jadi anda boleh mula berjimat-cermat untuk memilikinya. Ia pasti akan menjadi satu pembelian yang amat berbaloi. Kalau anda risau tak applikasi Google yang sering digunakan, jangan risau sebab ada je applikasi dari HUAWEI yang lebih power berbandingnya. Tak caya?
Cuba tengok perbandingan di bawah ini:-
Huawei App Gallery |
Google Play Store |
MeeTIME |
Google Hangout |
Huawei Browser |
Google Chrome |
News & AI Assistant |
Google Assistant & Google Play Newsstand |
Huawei Email |
Gmail |
Huawei Cloud Storage |
Google Drive |
Video App |
Video App |
Huawei Music |
Google Play Music |
Huawei Reader |
Google Reader |
Huawei Welink |
Google Hangout |
Huawei Calendar |
Google Calendar |
Huawei Quick App |
Google PlayStore |
Huawei App Gallery |
Google Play Protect |
Untuk makluman anda semua, siri terbaru Huawei Nova 7 ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 19 Jun ini. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk memilikinya. Jadi jangan lupa pangkah calendar anda siap-siap!
Maklumat lanjut mengenai Huawei Nova 7e layari laman rasmi Huawei . Jika anda ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai Huawei AppGallery pula anda boleh layari laman rasmi yang dikhususkan untuk Huawei AppGallery.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments