#Hiburan: “Maaf Bukan Kami” – Restoran Pagi Sore (Hijau) Nafi Ada Kaitan Dengan Kontroversi Pelanggan Malaysia

Baru-baru ini, isu membabitkan seorang pelancong dari Malaysia di salah sebuah cawangan restoran Pagi Sore di kawasan PIK, Indonesia, tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Susulan kontroversi itu, ada pihak mula mempersoalkan kualiti layanan jenama restoran nasi padang terkenal tersebut.

Advertisement

Menyedari kekeliruan yang timbul, pihak pengurusan Pagi Sore Kemang (Hijau) tampil mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Menerusi kenyataan tersebut, Pagi Sore Kemang (Hijau) meluahkan rasa kesal atas salah faham yang berlaku melibatkan pelancong Malaysia berkenaan.

Pihak mereka turut menegaskan bahawa Pagi Sore Kemang (Hijau) merupakan entiti perniagaan yang berdiri sendiri dan beroperasi secara berasingan daripada cawangan Pagi Sore yang tular itu.

Dalam erti kata lain, walaupun mempunyai nama yang hampir sama, pengurusan Pagi Sore Kemang (Hijau) tidak mempunyai kaitan dengan Pagi Sore Merah yang terlibat dalam kontroversi di kawasan PIK.

Walaupun beroperasi secara berasingan, pihak Pagi Sore Kemang (Hijau) menegaskan mereka tetap mengutamakan standard kualiti, layanan serta keselesaan pelanggan.

“Boikot Je Lah!” – Tak Pasal Kena ‘Viral’, Pelancong Malaysia Didakwa Tak Bayar Bil Restoran Terkenal Di Jakarta, Resit Jadi Penyelamat

“Kami menghargai setiap masukan daripada pelanggan, termasuk daripada pelancong luar negara, sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk terus berkembang dan meningkatkan kualiti layanan.”

Pihak restoran itu turut memberi jaminan akan terus berusaha memberikan pengalaman santapan yang menyenangkan kepada semua pelanggan yang berkunjung ke premis mereka.

Justeru, bagi pelanggan yang merancang untuk ke Jakarta, mereka dinasihatkan agar memahami perbezaan antara kedua-dua entiti tersebut bagi mengelakkan kekeliruan pada masa hadapan.

Pagi Sore Kemang (Hijau) turut memaklumkan bahawa sokongan dan maklum balas daripada pelanggan amat dihargai bagi memastikan layanan serta hospitaliti terbaik dapat terus diberikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hh
2026-05-19 15:32:23

Netizen Indonesia Yakin Boikot Rakyat Malaysia Tak Beri Kesan - "Pagi Sore Tak Akan Bankrap"

The post “Maaf Bukan Kami” – Restoran Pagi Sore (Hijau) Nafi Ada Kaitan Dengan Kontroversi Pelanggan Malaysia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments