Rasanya masih tak terlambat nak ucapkan tahniah kepada beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang berjaya menamatkan kemarau penantian 45 tahun negara, dalam Kejohanan Badminton Dunia yang diadakan di Tokyo, Jepun bulan lalu.
Lebih manis, kejayaan itu dirangkul menjelang beberapa hari sebelum Malaysia menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65 tahun. Terbaiklah!
Aaron & Wooi Yik Goyah Cari Rentak
Bagi yang mengikuti perkembangan sukan badminton negara, korang mungkin perasan yang Aaron Chia dan Soh Wooi Yik seperti kehilangan rentak selepas memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu.
Ini apabila mereka ‘gagal’ merangkul sebarang kejuaraan dalam siri Kejohanan Badminton (BWF) yang disertai dan menamatkan persaingan sekadar di peringat separuh akhir atau kalah di peringkat akhir.
Malah ada satu ketika, mereka dijadikan ‘bahan’ rakyat Malaysia melepaskan amarah ekoran pencapaian tak seperti yang diharapkan.
Menerusi satu temubual bersama Harimau Malaya, Aaron Chia berkata dia tak dapat melupakan kritikan yang diterima daripada peminat sukan badminton tanah air.
“Ini adalah detik yang paling sukar dalam karier saya. Saya dan Wooi Yik sudah buat yang terbaik tetapi gagal memuaskan hati mereka”.
Tiada Yang Mustahil Jika Berusaha
Kesungguhan dan kekuatan mental yang dipamerkan beregu ini harus mendapat pujian selepas mereka mula menunjukkan perubahan memberangsangkan selepas merangkul gangsa dalam Sukan Komanwel 2022.
Momentum positif ini diteruskan sehingga Kejohanan Badminton Dunia apabila tanpa disangka mereka melangkah ke peringkat akhir dan menewaskan Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan (The Daddies), juara bertahan daripada Indonesia untuk 3 siri sebelumnya.
Soh Wooi Yik ternyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila memuat naik ciapan “One Who Want To Wear The Crown, Bear The Crown” dan gambar kemenangan mereka di akaun Twitter.
Penat lelah yang mereka berikan ternyata membuahkan hasil dan kemenangan ini juga umpama hadiah terindah buat rakyat Malaysia.
Pecahkan sterotaip & terus memacu kegemilangan bersama PETRONAS
Mungkin kisah beregu badminton negara ini merupakan salah satu daripada kisah inspirasi yang menunjukkan tiapa apa yang mustahil jika kita terus berusaha dan jangan pernah berhenti dari bermimpi.
Semangat inilah yang PETRONAS ingin semarakkan dalam masyarakat Malaysia menerusi kolaborasi bersama Kaka Azraff menerusi lagi “Siapa Kata”.
Bibit lagu yang disampaikan umpama satu bernaratif bersama pendengar yang mempunyai 1001 persoalan di minda tentang hala tuju kehidupan. Penggunaan bait “Siapa Kata” pula seolah-olah satu semangat untuk tidak mudah menyerah dengan stigma dan berani melawan sterotaip.
Part yang paling kami suka “Siapa Kata jangan bermimpi, sedangkan mimpi buat kita berani”. Rasa terinspirasi betul!
Kami yakin korang kat luar sana pun mesti ada cerita tersendiri bagaimana korang mematahkan sterotaip demi mengejar impian kan?. Kongsikan kisah korang di media sosial dengan meletakkan tanda pagai #PETRONASSiapaKata.
Sambil tu, korang boleh juga join challenge tarian #SiapaKata ni, kita bagi hype sikit supaya lebih ramai yang mendapat inspirasi daripada lagu ni!
Kredit: Kosmo, Sinar Harian
The post Hapus Badi 45 Tahun, Aaron Chia & Soh Wooi Yik Rampas Takhta Kejohanan Badminton Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments