Sebuah perkongsian di media sosial Facebook baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen apabila seorang wanita bergelar ibu kepada seorang anak yang menghidap cerebral palsy mendakwa dia dan si kecilnya telah didiskriminasi oleh seorang individu di sebuah pusat perubatan awam.
Dalam hantaran itu, wanita yang dikenali sebagai Norzalinda Hamzah telah menulis panjang lebar mengenai kesedaran sesetengah orang yang masih memandang ‘taboo’ orang yang mengalami kelainan upaya dan cacat tubuh badan.
Dia yang pada ketika itu dikehendaki untuk membawa anak perempuannya ke hospital bagi pemeriksaan lanjutan tiba-tiba sahaja disuruh untuk menjauhkan permata hatinya itu dari kawasan berkenaan oleh seorang lelaki yang berada dianggarkan berumur awal 30-an.
Difahamkan, bahagian klinik kanak-kanak tersebut turut beroperasi sama dengan bahagian pemeriksaan ibu-ibu mengandung di hospital yang sama.
Awak, boleh tak awak jauhkan anak awak dari kawasan ini. Ni semua ibu-ibu mengandung, awak bawa anak awak macam ni ke sini, awak tahu tak boleh ter’kenan’ pada anak-anak kami.
Berikutan itu, lidah Norzalinda terasa kelu dan ‘terkunci’ gara-gara permintaan lelaki muda itu dan turut meluahkan perasaan kesal kerana masih wujud orang yang berperangai sedemikian rupa dalam zaman moden ini.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berasa simpati dengan pengalaman yang menimpa Norzalinda dan berharap dia untuk terus kekal kuat bagi menghadapi cabaran menjaga anaknya, Alisha.
Allahuakbar, sis hebat, beruntung anak puan ada ibu macam ni. Semoga segala urusan dipermudahkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Takut ‘Terkenan’ Baby Kami” – Wanita Kesal Anak Diminta Duduk Asing Kerana Hidap Cerebral Palsy Di Hospital first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments