#Hiburan: “Takkan Timbul Islam Agama Yang Keras” – PU Syed Balas Pandangan Raihan Isu Konsert Artis Antarabangsa

Jika sebelum ini kumpulan nasyid terkenal negara, Raihan memberikan pendapat di mana tidak perlu untuk mengharamkan konsert artis antarabangsa, sebaliknya memperketatkan atau menyediakan garis panduan yang baik ketika mereka membuat persembahan di Malaysia.

Kenyataan itu mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Syed yang menyatakan bahawa teguran yang diberikan sebelum ini adalah lebih menjurus kepada tujuan penganjuran konsert diadakan.

Advertisement

Menurut Syed menerusi entri di akaun Instagram miliknya, berkata teguran yang diberi adalah khas untuk konsert yang melalaikan dan terdapat unsur-unsur tidak baik yang membuatkan manusia lupa akan Allah SWT.

Secara asasnya hiburan tak menjadi masalah..Cuma yang menjadi teguran adalah penganjuran konsert yang melalaikan manusia dari ingat kepada Allah dan percampuran unsur-unsur lagha dlm persembahan.”

Tambahnya lagi, tidak akan timbul tanggapan buruk terhadap Islam jika konsert-konsert sedemikian diharamkan jika ianya sesuatu kemungkaran yang perlu diperangi.

Takkan timbul Islam agama yang keras atau lembut bila bertembung dengan sesuatu kemungkaran. Baginda Rasul seorang yang lemah lembut, namun tatkala bertembung dengan kemungkaran..Baginda bersikap tegas..begitulah juga dengan para sahabat.”

Walau bagaimanapun, Syed tidak menghalang penganjur untuk menjalankan konsert sekiranya dapat mematuhi syariah yang ditetapkan.

Raihan Konsert garis masa
3 hari lalu

"Kita Tidak Boleh Haramkan Konsert.." - Beri 'Pilihan' Pada Anak Muda, Raihan Bakal Adakan 'Show' Sempena 25 Tahun

The post “Takkan Timbul Islam Agama Yang Keras” – PU Syed Balas Pandangan Raihan Isu Konsert Artis Antarabangsa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments