#Hiburan: “Sayu Je Mata Dia..” – Bapa Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah Undang Sebak Ramai

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Intan Nurdiyana yang merupakan seorang jurusolek telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Intan menceritakan pengalamannya menjadi jurusolek kepada seorang pengantin yang kehilangan bapanya 3 jam sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Advertisement

Menurut Intan, perancangan awal sepatutnya majlis bermula selepas waktu solat isyak, namun pada pukul 4:30 petang pengantin itu telah memaklumkan bahawa ayahnya baru sahaja meninggal dunia.

Dia tak nak teruskan majlis tapi atas nasihat keluarga semua terpaksa disteruskan sebab semua dah tersedia. Siapa sangka ayahnya pulang ke negeri abadi lewat petang tu.

Malah, apa yang lebih menyayat hati apabila jurusoleh itu sampai di lokasi majlis, pengantin yang bernama Teha Rahman itu masih lagi menangis kuat selain matanya sudah membengkak.

Bukan itu sahaja, suasana di dalam rumah juga terasa hiba apabila ahli keluarga juga cuba untuk menahan tangisan selain ruang tamu yang masih berbau kapur barus dan terdapat tilam yang digunakan untuk meletakkan jenazah.

Ya allah, kuat betul dia, dalam waktu makeup dia tahan dari nangis, redha dan kelihatan sangat letih. Tapi dia betul-betul redha, tenang dan mampu tersenyum.

@intanmasekh

Nikah lepas isyak, pukul 4:30 petang wassap ayahnya baru meninggal. Dia tak nk teruskan majlis tapi atas nasihat keluarga semua terpks disteruskan sbb semua dh tersedia . Sapa sangka ayahnya pulang ke negeri abadi lewat petang tu #fyp #muajohor #fyppppppppppppppppppppppp

? suara asli – sadvibes? – Sadvibes?

Meninjau di ruangan komen, perkongsian itu telah mengundang sebak buat rata-rata orang ramai yang turut menitipkan kata-kata semangat kepada pengantin itu selain mendoakan arwah bapanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tak boleh pakai tudung bekerja di korea
3 jam lalu

(VIDEO) "Hijab Is NO” - Wanita Muslimah Ini Kongsi Pengalaman Cari Kerja ‘Part - Time’ Di Negara Korea

The post “Sayu Je Mata Dia..” – Bapa Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah Undang Sebak Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments