#Hiburan: “Penuh ‘Lovebite’ Di Badan” – Bangga Cerita Hubungan S*ks Dengan Skandal, Suami Ceraikan Isteri Walaupun Sanggup Bermadu

Perkongsian seorang peguam syarie baru-baru ini meraih perhatian ramai warganet di Facebook apabila dia menceritakan tentang kes anak guamnya.

Menurut Fahmi Ramli, anak guamnya mahu menuntut keadilan selepas diceraikan suami tanpa sebab walaupun dia sudah akui sanggup bermadu kerana tidak mahu lelaki itu terus menerus melakukan maksiat.

Advertisement

Kata wanita itu, suaminya dengan bangga akan menceritakan tentang hubungan seksual yang berlaku antaranya dengan perempuan lain.

Penuh ‘lovebite’ di badan. Astaghfirullah, sampai dah tak rasa bersalah atau malu buat maksiat.”

Gambar hiasan

Apabila ditanya oleh Fahmi sama ada dia marah atau tidak, anak guamnya akui memang berasa sangat marah tetapi terpaksa bertahan demi anak.

Meskipun wanita itu tidak mahu bercerai dan berkali-kali nasihat agar suaminya dan perempuan simpanan tersebut bernikah, lelaki itu mengelak dan meminta agar isteri tidak masuk campur urusannya.

Malah, wanita itu pernah nampak sendiri depan matanya si suami tanpa seurat benang dengan perempuan lain di sebuah rumah yang selalu dikunjunginya.

Masih menjaga aib, wanita itu tidak melaporkan hal berkenaan kepada Penguatkuasa Agama. Tetapi, ketika itulah dia diceraikan oleh suami dan kerana berasa teraniaya, wanita tersebut mahu menuntut keadilan.

Katanya, si suami langsung tidak pernah tanggung apa-apa termasuklah perbelanjaan rumah, anak-anak dan hal lain semua diuruskan wanita itu.

Duit hantaran pun isteri ni yang tanggung dahulu. Hanya mas kahwin saja diberi. Kenduri semua ditanggung keluarga perempuan.”

Menerusi hantaran Facebook itu, Fahmi turut berkongsi tentang perkara yang boleh dituntut oleh bekas isteri jika berlaku kes penganiayaan sebegini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

perampas laki orang
2 bulan lalu

(VIDEO)"Dua-Dua Gatal.."- Dicurangi Ketika Hamil, Isteri Bawa Suami Makan Tempat Kerja Skandal

The post “Penuh ‘Lovebite’ Di Badan” – Bangga Cerita Hubungan S*ks Dengan Skandal, Suami Ceraikan Isteri Walaupun Sanggup Bermadu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments