Seringkali terkait dengan beberapa siri kontroversi dengan aktres Ruhainies, Zul Ariffin akhirnya tampil menjelaskan status sebenar hubungannya bersama pelakon wanita itu.
Kata Zul Ariffin yang kini berusia 35 tahun, dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Ruhainies seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Ujarnya, Ruhainies hanyalah sekadar teman seperjuangan dan menegaskan bahawa wanita itu mempunyai teman lelaki namun lebih memilih untuk tidak berkongsi kepada khalayak.
Zul berkata demikian bagi menjawab dakwaan yang mengatakan dirinya sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Zul memberitahu bahawa dia kini sibuk dengan karier lakonannya.
Sekarang ini saya dengan diri saya dan kerjaya saya. Kalau saya ada girlfriend pun, it’s none of your business guys.
Saya nak kahwin, saya kahwinlah, tapi bukanlah wedding of the year. Banyak lagi kerja lain kena buat.
Dia dalam pada itu turut berterima kasih kepada semua peminat yang tidak berhenti-henti menyokong karier seninya selama ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kalau Bercinta Pun, It’s None Of Your Business” – Zul Ariffin Nafi Ada Hubungan Mesra Dengan Ruhainies first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments