Pada zaman ini, mengambil gambar ataupun merakam makanan yang dibeli sebelum memakannya sudah menjadi kebiasaan buat semua orang.
Selalu ianya dilakukan atas alasan-alasan tertentu seperti hendak kongsikan dalam media sosial ataupun sekadar menyimpan gambar tersebut sebagai koleksi di dalam galeri telefon.
Bagaimanapun, ada juga individu yang tidak berasa senang apabila seseorang melakukan hal seperti ini, malah ada yang ‘merosakkan’ makanan terbabit ketika rakan mereka sedang juga mengambil gambar.
I tak rasa kelakar apabila kita nak ambil gambar makanan, pasangan/kawan kita kacau makanan itu sampai hancur. Nampak biadap. Tambahan yang jenis seperti i suka simpan gambar kenangan dan nak pula orang itu jarang dapat makan makanan seperti itu. Pasti rasa sedih?
— Sitijamil92 (@ctjamil92) February 27, 2022
Turut berdepan dengan situasi yang sama, seorang wanita tampil membuat ciapan di Twitter dengan berkata tindakan merosakkan makanan sebelum rakan sempat mengambil gambar adalah perkara yang tidak kelakar.
Dalam pada itu, dia turut menyifatkan ianya biadap, tambahan pula jika makanan yang dirosakkan itu adalah pesanan rakannya sendiri.
Bagi menjelaskan ciapan yang dibuat oleh wanita itu, dia berkata dia tidak akan merakam gambar makanan yang dipesan orang lain jika tidak mendapat kebenaran daripada tuan empunya badan sendiri.
Susulan isu yang disuarakan olehnya, ramai netizen turut bersetuju dengan kata-kata yang diketengahkan oleh wanita terbabit kerana merasakan setiap orang ada minat sendiri.
The post “Nampak Biadap!” – Musnahkan Makan Sebelum Bergambar, Netizen Komen Tak Kelakar Langsung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments