#Hiburan: Wakil Malaysia Iring 7 Puteri Ulek Mayang, Dinobat Kostum Terbaik Di Pentas Global

Satu segmen kostum kebangsaan bagi Miss Grand International 2021 telah diadakan di Bangkok, Thailand.

Seramai 61 wakil daripada pelbagai negara termasuk Malaysia telah menyertai pertandingan ratu cantik ini yang diadakan pada setiap tahun.

Advertisement

Bagi edisi 2021, Malaysia telah diwakili oleh Lishalliny Kanaran yang tampil dengan kostum cukup memukau penonton.

Gadis kelahiran Selangor itu telah memperaga keunikan kostum yang mempunyai kisah di sebalik persembahan Ulek Mayang berasal dari negeri Terengganu.

Busana yang dianggar seberat 50kg ini, direka khas oleh Aldrin Grame yang merupakan seorang pereka fesyen Sarawak.

Rekaan kostum Ulek Mayang ini merupakan salah satu kostum nasional terbaik pernah diperagakan wakil Malaysia ke pentas pertandingan ratu cantik.

Lishalliny turut dilihat menggunakan waktu dan pentas sebaik mungkin bersama mayang kepala yang ditepuk-tepuk pada pentas dengan penuh semangat. Kemenangan itu juga menyaksikan Lisha berjaya menempatkan diri di kedudukan top 20.

miss universe
4 bulan lalu

Malaysia Tarik Diri Sertai Miss Universe 2021

The post Wakil Malaysia Iring 7 Puteri Ulek Mayang, Dinobat Kostum Terbaik Di Pentas Global first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments