#Hiburan: Tak Nampak Masa Depan Dalam Industri, Hans Isaac Pilih ‘Jalan’ Lain

Pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac memberitahu bahawa dia sudah melepaskan keinginan untuk terus bergiat aktif di dalam industri filem mahupun drama.

Hans atau nama lengkapnya Gerald Hans Isaac berkata keputusan itu dibuat kerana dia sudah tidak nampak masa depannya sebagai pelakon, penerbit mahupun pengarah.

Advertisement

Menurut Hans, 50, dia mula menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 1995. Namun, sudah tiada minat terhadap bidang tersebut.

Industri kita dimonopoli pihak-pihak tertentu. Saya sudah tidak nampak masa depan di sini. Semudah itu.

Pelakon filem Cuci itu memilih untuk tidak melakukannya lagi dan telah memilih jalan yang lain, iaitu sebagai usahawan.

Tiada gunanya kita mengejar sesuatu yang tidak menjanjikan kestabilan hidup lebih-lebih lagi selepas kita bersara nanti.

Advertisement

Jelas Hans, tidak semua penggiat filem dan drama menikmati kesenangan hidup lebih-lebih lagi ketika mereka bersara. Hanya sebilangan kecil sahaja yang hidup terjamin selepas bersara manakala sejumlah besar yang lain akan terus hidup susah.

Hans Isaac
3 bulan lalu

"Kalau Ada Impian Tersirat, Tak Akan Lari Gunung Dikejar.." Hans Isaac Balas Teguran Shahrul Shiro

The post Tak Nampak Masa Depan Dalam Industri, Hans Isaac Pilih ‘Jalan’ Lain first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments