#Hiburan: Tular Video Berlakon Jadi OKU, Pemuda Dalam Video Tampil Mohon Maaf Kepada Yang Tersinggung

Semalam, tular di media sosial mengenai video yang memaparkan dua orang lelaki berlakon menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU) semata-mata mahu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta khas untuk warga OKU di sebuah pusat membeli-belah.

Tampil membuat penjelasan ketika dihubungi mStar,  pemuda yang dikenali sebagai Noriswan Ishak itu berkata, sahabatnya yang berlakon sebagai orang cacat dalam video tersebut tidak memegang sebarang kad OKU.

Advertisement

Hanya mengalami sumbing lelangit dan masalah pertuturan, Iswan berkata apa yang dipaparkan dalam video itu semua hanyalah lakonan dan dia yang meminta rakannya itu berlakon sebagai OKU.

Dikenali sebagai ‘Dak Ayam’ di media sosial, Iswan mendakwa pada awalnya video itu dibuat untuk menyampaikan teguran kepada masyarakat yang sering meminggirkan golongan OKU.

Advertisement

Orang-orang OKU di mata segelintir masyarakat, kejap ada, kejap tak ada. Saya sendiri ada kenalan dan pengikut di laman sosial dalam kalangan OKU, dan mereka meluahkannya.

OKU Parking

Video itu beri mesej untuk mewakili OKU. Kalau OKU bersuara, kadang orang kita akan memperlekehkan mereka. Sudut pandangan mereka seperti disisihkan.

Dia yang kini bergelar bapa kepada seorang anak itu walau bagaimanapun memohon maaf jika perbuatan itu telah mengguris hati mana-mana pihak selain berasa kesal kerana mesej yang ingin diketengahkan tidak sampai kepada masyarakat di luar sana.

Iswan juga meluahkan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Ras Adiba bagi membincangkan hasratnya bagi membantu golongan OKU.

Terdahulu, Senator Datuk Ras Adiba Radzi tampil menyelar tindakan Iswan dan rakannya mengenai perlakuan biadap mempersendakan golongan OKU menerusi video itu dan mendesak agar kedua-dua pemuda itu tampil memohon maaf kepada komuniti OKU.

Facebook Bilal
3 jam lalu

"Saya Akan Rakam Dan Buat Laporan Polis.." Tindakan Lelaki Ini Halang Peniaga Jual Arak Di Kedai Runcit Mengundang Kritikan Netizen

The post Tular Video Berlakon Jadi OKU, Pemuda Dalam Video Tampil Mohon Maaf Kepada Yang Tersinggung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments