#Hiburan: Tak Serik Dengan Penceraian, Nadia Brian Simpan Impian Kahwin Tahun Hadapan

Meskipun rumah tangga yang dibina tidak mencipta kebahagiaan berpanjangan setelah bercerai setelah hanya setahun berkahwin, pelakon Nadia Brian berkata dia tidak pernah berasa trauma untuk mencari pengganti teman hidupnya kala ini.

Nadia Brian
3 bulan lalu

'Kain Makin Singkat', Nadia Brian Tak Lepas Dari Kritikan Netizen

Advertisement

Jelas Nadia, dia tidak serik untuk berumah tangga sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dalam masa terdekat.

Dia yang ditemui ketika sidang akhbar Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) di Damansara baru-baru ini turut memberitahu bahawa sebagai seorang wanita, dia memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada insan bergelar suami.

Advertisement

 

Soal jodoh kita tak tahu. Itu rahsia Dia, lagipun saya seorang perempuan. Siapa yang tidak mahu berkahwin dan ada teman hidup?

Tambahnya lagi, dia juga sudah bersedia untuk bergelar isteri sekali lagi dan menyimpan impian untuk mengakhiri zaman solo pada tahun hadapan jika diizinkan tuhan.

 

Siapa tahu jika saya bertemu jodoh pada tahun hadapan dan akan berumah tangga. Saya sedia untuk itu (perkahwinan).

Terdahulu, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu telah mengumumkan penceraiannya bersama bekas suami, Muizz Nasruddin pada bulan April lalu setelah tidak sampai setahun bernikah.

Pergolakan rumah tangga antara Nadia dan Muiz mula diketahui ramai setelah ahli perniagaan itu ada mendedahkan mengenai kecurangan Nadia kepada umum di media sosial.

Sekadar info, Nadia dan Muiz telah membina mahligai perkahwinan pada 9 November 2019 dan tidak mempunyai sebarang cahaya mata sepanjang hidup bersama.

The post Tak Serik Dengan Penceraian, Nadia Brian Simpan Impian Kahwin Tahun Hadapan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments