#Hiburan: “Semoga Berbahagia Kakak Ku” – Raysha Rizrose Titip Ucapan Buat Uqasha

Adik kepada pelakon Uqasha Senrose, Raysha Rizrose menitipkan ucapan ringkas yang penuh bermakna bersempena perkahwinan kakak tercintanya bersama pelakon Kamal Adli.

1 year lalu

Bergandingan Bersama Dalam Drama Ryan Aralyn, Peminat Setuju Raysha Rizrose Dan Zul Ariffin Serasi Bersama Berdua

Advertisement

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, Raysha telah memuat naik gambar yang memaparkan dia sedang menyarungkan sepatu berwarna putih pada kaki Uqasha sebelum diijabkabulkan.

Detik sebelum diijab kabul. Semoga berbahagia kakak ku.

Dalam coretan ringkas tersebut, Raysha menitipkan doa buat kakaknya itu agar sentiasa berbahagia dalam melayari bahtera rumah tangga.

Bukan itu sahaja, Raysha turut meluahkan rasa gembira bercampur sedih atas perkahwinan Uqasha Senrose bersama Kamal Adli.

Tiada kata yang dapat menjelaskan perasaan saya ketika ini. Gembira tetapi lebih kepada sedih sebenarnya. Saya sayang awak Uqasha.

Raysha Rizrose

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut mendoakan agar Uqasha dan Kamal dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan selain memuji penampilan aktres tersebut.

Sekadar info, Uqasha selamat bergelar isteri kepada Kamal pada tanggal 5 November lalu dalam sebuah majlis tertutup selepas sebulan merahsiakan pernikahan mereka.

Pasangan dua sejoli itu juga dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzudin Abdul Mutalib tepat pada pukul 9.39 pagi.

The post “Semoga Berbahagia Kakak Ku” – Raysha Rizrose Titip Ucapan Buat Uqasha first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments