Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun terpanggil untuk memberi sedikit teguran kepada kaum lelaki yang terlalu obses dengan solekan sehingga menyerupai kaum hawa.
Teguran itu dibuat Asma’ menerusi sebuah hantaran panjang lebar di laman Instagram miliknya untuk peringatan pengguna media sosial.
Tulisnya, Nabi S.A.W melaknat kaum Adam yang menyerupai perempuan dan juga wanita yang menyerupai lelaki.
Tambah pendakwah ini lagi, konten media sosial sepeti jurusolek lelaki yang membuat tutorial solekan pada wajah mereka sendiri semakin mendapat jumlah tontonan yang tinggi di media sosial.
Perkara ini seolah telah diterima oleh masyarakat sehingga begitu ramai yang menontonnya walhal perbuatan ini dilarang dalam agama Islam.
Dia juga turut menyentuh mengenai tularnya sebuah video pasangan yang menyambut ulang tahun perkahwinan namun si suami berpenampilan seperti seorang wanita dalam majlis tersebut.
Kata Asma’ meskipun lelaki itu menjelaskan bahawa dia hanya bergaya seperti seorang perempuan namun naluri masih seorang lelaki, ia tetap salah di sisi syarak.
“Sungguh saya terkesima melihat setiap babak video yang dipaparkan. Ia bukan hanya ditonton oleh dua atau tiga ratus orang, bahkan sehingga satu juta tontona di media sosial.” tulisnya lagi di Instagram.
Berikut adalah kisah mengenai ‘lelaki cantik’ yang tular tempoh hari.
The post “Saya Sungguh Terkesima..” Ustaza Asma Harun Beri Teguran Kepada ‘Lelaki Cantik’ Yang Tular Baru-Baru Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments