#Hiburan: Sambung Belajar Asasi, Intan Najuwa Kini Bergelar Pelajar Undang-Undang

Pelakon, Intan Najuwa kini sedang sibuk menyambung pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang sebuah kolej di Singapura.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid sering berkongsi mengenai rutinnya sebagai seorang pelajar menerusi InstaStory miliknya.

Advertisement

Perkongsian itu dibuat oleh Intan selepas menjawab soalan daripada salah seorang pengikut Instagramnya baru-baru ini.

“Adakan awak sedang menyambung pengajian dalam bidang undang-undang?” soal seorang pengguna Instagram.

“Ya, saya kini menyambung pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang di sebuah kolej BAC Singapura. Saya sudah separuh mati kerana bekerja dan belajar setiap hari.” jawab Intan.

Menurut pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu itu, bukan mudah untuk menjadi seorang pelajar dan pelakon dalam masa yang sama.

Terdahulu, Intan pernah menjadi perhatian netizen apabila beberapa kali ditegur malah dikecam netizen kerana berani tampil dengan imej seksi dikhalayak umum.

Intan Najuwa
2 bulan lalu

"Banjir Ke? Dah Macam Kain Pelikat.." - Intan Najuwa Dikecam Netizen Pakai 'Skirt' Pendek

The post Sambung Belajar Asasi, Intan Najuwa Kini Bergelar Pelajar Undang-Undang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments