#Hiburan: Ruhainies Dedah Pernah Terlibat Dengan Isu Tular Untuk Naikkan Rating Drama

Pelakon, Ruhainies baru-baru ini memberitahu yang dia bersetuju tentang isu tular mampu menaikkan rating sesuatu karya drama atau filem.

ruhainies
3 bulan lalu

"Bukan Warna Kulit" - Ditegur Seksi Menari TikTok, Ruhainies Mohon Maaf

Advertisement

Namun, Ruhainies juga tidak menolak yang isu tular mampu meninggalkan kesan berpanjangan kepada reputasi seseorang artis atau selebriti itu.

Isu tular mampu menarik minat penonton untuk menonton. Namun, ia hanya bersifat sementara dan ketika drama itu ditayangkan saja.

Menurut Ruhainies, dia juga pernah melalui pengalaman di mana terlibat dan menjadi sebahagian daripada ‘kandungan tular’ untuk menaikkan rating drama lakonannya.

Advertisement

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas turut menambah yang dia juga terkejut apabila kisah tentang cinta lokasi dan sebagainya dicipta serta sememangnya menjadi ketika awal-awal berlakon dahulu.

Ruhainies

Bagi Ruhainies, perkara tersebut sedikit sebanyak membantu untuk menaikkan rating drama tetapi ia juga bergantung kepada rezeki.

Sekadar info, Ruhainies merupakan salah seorang pelakon yang membintangi drama Cukup Derita Itu yang kini ditayangkan di slot Samarinda menerusi saluran TV3.

The post Ruhainies Dedah Pernah Terlibat Dengan Isu Tular Untuk Naikkan Rating Drama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments